Demi Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang... tiada pernah aku terfikir untuk menerima kehadiran sebuah "duka" dalam meniti kehidupan di saat-saat aku bersendirian mengharungi apa jua keadaan demi kebahagiaan sebuah keluarga tercinta...
Jika dulu, aku berlari sendiri mengejar pelangi di kaki awan selepas gerimis di tengahari... mencipta angan-angan agar hidup ini sentiasa mengasyikkan, menyulam mimpi agar hidup ini sentiasa memberangsangkan... Ku seru segala kudrat agar menjadi sekutuku...mencari keramat 'kasih sayang'...
Setelah ku temui, 'kasih sayang' yang terbina, tak perlu mengemis mengejar janji...janji pada diri sendiri... semua yang kumiliki anugerah Illahi... Hati berbunga gembira, kata berteman bahagia... Semuanya indah tanpa wasangka...Diajar ketabahan dan setia... Semuanya demi sebuah keluarga...
Tiba-tiba, ketabahan diajar kesedihan, menyelinap menguasai setia, mencari di mana salah dan silapnya, setelah kupikul tabah dan setia, setelah kupikul resah dan derita... setelah kupercaya tiada sengketa, setelah ku ampuh dipeluk bahagia....sayangnya, aku dikhianati sedemikian rupa...
Kini, aku tak ingin berlari lagi... mengejar pelangi di kaki awan.. kerana gerimis sentiasa menyelubungi... Dan kini ,aku terpaksa mengutip kembali ...sisa-sisa ketabahan yang kubina sekian lama ...cuma kerana... pelangi ku hilang tanpa petanda...Membawa semua bahagia, ketawa dan gembira...
0 comments:
Post a Comment