Salam....Berkongsi bersama-sama ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama saudara Rosli Hanip (rakan FB) yang banyak berkongsi nilai-nilai indah untuk diamalkan .
Umat Islam dianjurkan supaya selalu berdo'a dan berzikir dalam apa jua keadaan demi mendapatkan rahmat dan keberkatan hidup daripada Allah s.w.t. Ia juga dihasratkan untuk mengelakkan daripada terjadinya gangguan-gangguan makhluk-makhluk seperti jin dan syaitan, sama ada ketika senang ataupun susah, ketika berdiri, duduk, berjalan, bekerja dan begitu juga waktu bangun dan tidur.Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar kita selalu berzikir, sehingga dalam perkara tidur juga kita diberikan garispanduan dengan menganjurkan do'a dan zikir-zikir tertentu. Rasulullah s.a.w sebagai model terunggul bagi umat Islam telah menggariskan adab kesopanan, peraturan dan panduan ketika tidur untuk diamalkan sebagaimana Baginda sendiri mengamalkannya.1. Ambil wudhu' dan solat 2 rakaat.2. Baca dua surah yang paling dijagai oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Mulk dan As-Sajdah. Kelebihannya pembaca akan terpelihara dari azab kubur.3. Bentangkan alas tidur dan kebaskan 3 kali (tilam tidur kita) sambil membaca, "La hawlawala quwata illabillahil aliyil azim" sambil melunjurkan kaki bacalah Surah Al-Fatihah, Ayat Al-Kursi dan Surah Al-Kaafirun. Kelebihannya malaikat akan manjaganya hingga ke subuh hari.4. Baca tiga QUL iaiti, Al-Ikhlas, Al-Falaq and An-Nas. Isyarat ludah atau hembus di tapak tangan dan sapu keseluruhan tubuh badan. Ulang amalan in sebanyak tiga kali. Kelebihannya pembaca akan terselamat dari ilmu sihir.Dalam riwayatnya yang lain menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a.da katanya: "Nabi s.a.w. apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdo'a), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat disapunya mulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)5. Baca tasbih Fatimah iaitu "Subhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali dan "Allahu Akhbar" 34 kali. Kelebihannya pembaca akan mendapat tenaga yang berganda apabila bangun tidur.6. Untuk mudah bangun solat tahajjud, bacalah 4 ayat akhir surah Al-Kahfi atau 21 kali "Bismillahi rahmanirrahim" dan niatkan jam berapa ingin bangun.7. Baring mengiring menghadap kiblat di sebelah lampung kanan dan tapak tangan kanan diletask di bawah pipi. Cara ini harus diamalkan apabila tidur di rumah sendiri.
Dalam sebuah hadis diterangkan:Maksudnya: "Al-Barra' bin Azib r.a.d: "Adalah Rasulullah s.w.t jika akan tidur, miring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca doa yang bermaksud: " Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus". (Hadis riwayat Bukhari)8. Semasa beriktiqaf di masjid, kepala sentiasa ke arah kiblat. Inilah cara sunnah iktiqaf di Masjid. 9. Sementara mata hendak lelap maka bacalah Toyyibah "Laa illaha illalllah" sebanyak-banyaknya.10. Kemudian baca doa tidur, "Allahumma qiniy ‘adzaabaka yawma tab-‘atsu ‘ibaadaka" yang bermaksud: Ya Allah lindungilah kami dari ‘adzab-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-hamba-Mu. dan "Bismika Allahumma amuutu wa aĥyaa" yang bermaksud: Dengan menyebut nama-Mu Ya Allah aku mati dan aku hidup. [Hadis riwayat Imam Abu Daawud dan Al-Bukhari)11. Sebelum tidur, muhasabah diri dan buat azam untuk menambah dan memperbaiki amalan.12. Jika bermimpi yang baik maka bacalah, "Alhamdulillahi Rabbil Alamin" dan jika mampu solat 2 rakaat dan doa semoga ianya menjadi kenyataan.13. Apabila bermimpi buruk maka hendaknya ia meludah ke sebelah kirinya tiga kali lalu merubah posisi tidurnya dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Dan hendaknya ia tidak menceritakan mimpi buruknya tersebut kepada orang lain serta tidak memikirkannya namun hendaknya ia berdoa dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya mimpi buruknya tersebut tidak akan membahayakannya. 14. Apabila di saat tidur merasa gelisah atau merasa ketakutan atau terkejut dari tidur, maka berdoa dengan doa ini, "A‘uudzu bikalimaatillah attaammah, min ghadhabihi wa syarri ‘ibaadihi, wa min hamazaatisy-syayaathiin wa an yaĥdhuruuni" yang bermaksud Aku berlindung (kepada Allah) dengan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, dari murka-Nya dan (dari) kejelekan hamba-hamba-Nya, dan dari gangguan-gangguan setan dan (dari) kehadiran mereka kepadaku. ( Hadis riwayat Imam Abu Daawud dan diĥasankan oleh Imam Al-Albaaniy). 15. Apabila bangun tidur terus membac doa, "Alĥamdulillah alladzii aĥyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhinnusyuur" yang bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya-lah kami dikembalikan. (Hadis riwayat Al-Bukhari) 16. Kemudian basuh kedua-dua tapak tangan sebelum memegang apa-apa tetapi jangan celup tangan ke dalam kolah.
17. Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:"Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhu' maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati" (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)18. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca seribu ayat Al-Quran pada setiap malam maka dia akan bertemu Allah s.w.t. dengan keadaan ketawa. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Siapakah yang termampu berbuat demikian? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca Surah At-Takathur dan bersabda, "Surah ini bersamaan dengan seribu ayat Al-Quran". Demikian antara cara tidur Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi amalan kita.
Tuesday, May 19, 2009
Adab-adab tidur
Posted by puterilinna at 12:16 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)