Thursday, January 8, 2009

Sessi Jan-Jun 2009

Sessi Jan-Jun 2009 telah pun bermula bagi semua pelatih-pelatih dan pengajar Kursus Teknologi Elektronik Industri IKM TSYA,Pekan. Maka, semua agenda baru akan bermula.
Namun, hanya ada 4 orang pelatih baru yang mendaftar di STEI. Satu nombor yang agak mengecewakan apabila tiada kemasukan yang melebihi sasaran dan kurang daripada 20 orang.
Walaubagaimanapun, pembelajaran mesti diteruskan kerana itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan demi kejayaan anak bangsa kita. Namun, kadangkala rasa kecewa mula melanda apabila anak-anak Melayu ini terlalu manja untuk berjaya. Mereka tiada usaha yang berterusan dan masih lagi mengganggap diri sebagai anak kecil yang perlu disuap dan disusukan. Tapi, kami tak akan pernah bosan memberi bimbingan agar kalian menjadi insan yang berguna. Bukan nilai A yang diukur tetapi sejauh mana kalian dapat mengikuti pelajaran dengan nilai-nilai ilmu yang sempurna. Utamakan disiplin, hormat menghormati dan minat yang berterusan.
Buat anak-anak bangsaku,fikirlah demi kehidupan dan masa depan yang cemerlang. Kami hanya mampu mendoakan kejayaan kalian tapi terpulanglah kepada kalian apa yang perlu dilakukan dengan doa sahaja tanpa usaha.

Saturday, January 3, 2009

STEI IKM TSYA,PEKAN

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH..

Kepada semua pelatih-pelatih Sijil Teknologi Elektronik Industri IKM Tan Sri Yahya Ahmad,Pekan, selamat kembali ke TSYA semula bagi meneruskan kuliah anda. Selamat menempuh semester baru dengan penuh keazaman dan cita-cita.Perbaiki semua kelemahan dan tingkatkan usaha agar keputusan semester ini lebih cemerlang.
Puan Lina
@mail01